Thursday, 22 August 2019

AKTIVITI 2019













GOTONG ROYONG PSS

Aktiviti Gotong Royong ini melibatkan pengawas PSS dan pengawas percubaan. Tujuan aktiviti dijalankan adalah untuk menceriakan dan membersihkan bilik khas iaitu PSS sendiri. Aktiviti ini dijalankan tiga kali dalam sebulan bagi memastikan PSS SMK Orkid Desa berada dalam keadaan bersih dan kemas. Setiap pengawas yang hadir bagi gotong royong ini diberikan mata merit oleh Guru Perpustakaan dan Media. Aktiviti ini juga dijalankan selepas waktu sekolah selama 2 jam dan dipantau sepenuhnya oleh guru PSS. Pengawas lama dan pengawas percubaan diajar tentang cara-cara memproses dan melabel buku. Mereka juga memperoleh pengetahuan mengenai sistem automasi yang digunakan oleh PSS.







PEMBINAAN MODEL 3D ( PROJEK DIORAMA) TINGKATAN 1

Guru subjek yang juga merupakan GPM memberikan tugasan berkumpulan yang perlu disiapkan oleh murid Tingkatan 1 Fedora dan 1 Tera. Tugasan iaitu Pembinaan Model Diorama ini mengambil masa dua bulan untuk disiapkan. Setiap kumpulan perlu memilih tajuk yang sesuai dan bekerjasama dengan ahli kumpulan melaksanakan projek diorama ini mengikut kreativiti masing-masing. Setiap murid ini akan diberikan sijil penghargaan atas khidmat bantu PSS semasa Majlis Pelancaran NILAM pada tahun 2020 nanti.

No comments:

Post a Comment