Monday, 11 November 2019

GOTONG ROYONG AKHIR TAHUN 2019

PSS SMK Orkid Desa telah mengadakan Gotong Royong dan Keceriaan yang berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Jumaat 8 November 2019, 11 dan 12 November. Program ini merupakan program yang dijalankan setiap hujung tahun bertujuan untuk memastikan PSS SMK Orkid Desa sentiasa berada dalam keadaan kemas, ceria dan tersusun.
Gotong Royong pada kali ini disertai oleh murid Tingkatan 1 Tera dan 1 Fedora. Program keceriaan ini dikendalikan oleh Puan Ros Rawaida bt Abd Rahim selaku guru PSS bertugas.
Gotong royong ini juga turut dijalankan bersama-sama murid Tingkatan 3 sebagai salah satu program pasca PT3.

menyusun buku di dalam kotak

proses melabel dan mencatat maklumat penting berkaitan buku pinjaman









No comments:

Post a Comment