Wednesday, 29 January 2020

PELAKSANAAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

PROGRAM NILAM YANG DITAMBAHBAIK 


NILAM yang ditambahbaik merupakan kesinambungan kepada program NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik lebih berfokus kepada kualiti pembacaan berbanding kuantiti bahan di baca dalam NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas pembacaan) yang akan melihat kepada aspek kualiti selepas pembacaan. Bahan-bahan yang boleh dibaca lebih pelbagai dan tidak terikat kepada buku berbentuk fizikal sahaja.

Matlamat 

Matlamat Program NILAM yang ditambahbaik ialah melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025)

Objektif Pelaksanaan program-program galakan pembacaan berkualiti bertujuan untuk :-
a. Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid
b. Membentuk kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk terus menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui tabiat membaca berkualiti.
c. Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
d. Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti galakan membaca
e. Meningkatkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/pertubuhan- pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembinaan tabiat membaca berkualiti dalam kalangan murid.

Cadangan jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya;
 Pelancaran NILAM,
 Promosi NILAM
 Bicara Buku
 Resensi Buku
 Literasi Maklumat
 Bicara buku dengan Penulis
 Penghasilan karya penulisan
 Buku skrap
 Folio
 Koleksi keratan akhbar
 Pengucapan awam/Kemahiran berkomunikasi
 Kemahiran membaca
 Jejak Maklumat
 Forum buku/pidato buku/debat buku
 Pertanding reka cipta/melukis
 aktiviti lain mengikut kesesuaian dan keperluan.

Peranan warga sekolah
 Pentadbir
 GPM
 Guru Penyelaras Pusat Sumber
 Guru mata pelajaran

Penglibatan ibu bapa dan komuniti 
 Perpustakaan keluarga
 Membantu, memantau dan menyokong aktiviti bacaan.
 Aktiviti-aktviti kemasyarakatan
 Penglibatan ibu bapa dalam Program Khidmat Bantu PSS.

Dipetik daripada laman sesawang KPM

No comments:

Post a Comment